suria

Lelaki 'Seks Di Balkoni' Mungkin Telah Tinggalkan Malaysia - Polis

PETALING JAYA: Polis mengesahkan maklumat bahawa lelaki dalam video 'seks di balkoni' mungkin telah meninggalkan negara ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata terdapat kemungkinan suspek tersebut telah menghilangkan diri memandangkan dia adalah warga asing.

"Paling lama anda boleh tinggal di Malaysia adalah sebulan. Tetapi kita tidak tahu dengan pasti sama ada dia keluar dari negara ini atau tidak," katanya.

Muhammad Azlee berkata polis juga percaya dia mungkin masih berada di dalam negara ini.

"Sebab itu kami perlu mengesahkan semua perkara terlebih dahulu," katanya.

Minggu lalu, lelaki itu dalam rakaman video yang menunjukkan pasangan sedang melakukan seks di balkoni sebuah apartmen di Bangsar South telah dikenal pasti.

Muhammad Azlee berkata berdasarkan maklumat daripada orang ramai, lelaki itu adalah seorang asing berusia 30-an yang  menyewa apartmen itu dengan pasangannya.

Polis juga menyiasat orang yang merakamkan video itu dan untuk mengetahui lokasi sebenar di mana rakaman dilakukan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 377D, 297 dan 294 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Video seks selama 30 minit itu menjadi viral di media sosial selepas ia direkodkan oleh penyewa dari apartmen lain yang berhampiran.

Artikel Lain