Kesatuan Serah Memorandum, Harap Kemelut Pekerja MAS Selesai - Semasa | mStar

Kesatuan Serah Memorandum, Harap Kemelut Pekerja MAS Selesai

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) berharap akan ada syarikat penerbangan dalam negara yang akan menyerap kepakaran pekerja Malaysia Airlines (MAS) yang akan diberhentikan perkhidmatan pada 1 Sept ini.

Presidennya Ismail Nasaruddin menyuarakan hasrat tersebut melalui memorandum yang telah diserahkan kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada satu pertemuan tertutup di sini Rabu.

Memorandum tersebut yang mengandungi beberapa perkara berbangkit mengenai kemelut yang melanda lebih 6,000 pekerja MAS iaitu mengenai pakej berhenti kerja yang akan ditawarkan oleh MAS dan hal-hal berbangkit mengenai tawaran itu, juga pandangan Nufam berkaitan peluang kerja yang perlu diteliti terutama bagi mereka yang bakal diberhentikan secara terus.

"Dalam kondisi MAS yang terpaksa melalui fasa pemulihan dan terpaksa menamatkan perkhidmatan ribuan pekerjanya tidak lama lagi, Nufam cuba mendapatkan bantuan daripada Pemuda UMNO dengan harapan agar ianya mendapat perhatian dan pertimbangan oleh kerajaan," kata Ismail kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Menurut Ismail kemelut yang berlaku itu melibatkan aspek kebajikan pekerja di syarikat penerbangan itu yang masih dalam keadaan teka-teki tentang masa depan mereka sebaik sahaja menerima surat penamatan kerja seperti dimaklumkan dalam tempoh seminggu lagi, maka Kesatuan merasakan perkara ini perlu ada penyelesaian.

Ismail yang percaya dalam tempoh MAS memulihkan kembali syarikat penerbangan itu, pasti akan ada syarikat penerbangan lain yang akan berkembang pesat menjadi lebih dominan dalam bidang ini, untuk mengambil kepakaran mereka yang diberhentikan secara terus daripada MAS.

Beliau juga berharap agar Khazanah Nasional Berhad dan MAS tidak mengambil langkah yang drastik tentang tindakan memberhentikan pekerja tersebut kerana ia melibatkan kebajikan pekerja dalam jumlah yang agak ramai.

"Saya harap supaya ada jalan yang dapat difikirkan bagi membela masa depan mereka sama ada dengan mengambil tindakan secara berperingkat atau menyediakan pilihan yang jelas agar mereka ini dapat gambaran hala tuju seterusnya, tidak bermain teka-teki dengan mereka," katanya.

Ismail berkata apa juga keputusan yang akan ditetapkan nanti diharap bukan menjadi titik noktah bagi pekerja-pekerja ini, sekiranya pakej yang ditawarkan nanti menimbulkan kesulitan kepada mereka, pihaknya berharap agar masih ada ruang untuk berbincang dalam mencapai keputusan yang terbaik.

"Pekerja kabin anak kapal ramai juga terdiri daripada ibu tunggal, dan juga pasangan suami isteri yang sama-sama bekerja dalam bidang sama. Bayangkan jika kedua-duanya diberhentikan terus bagaimana nasib mereka," katanya.

Sementara itu Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan turut prihatin dan berkata Pemuda UMNO akan membantu sebaik mungkin agar pekerja mempunyai masa depan yang terjamin walaupun setelah diberhentikan kerja serta akan membentangkan tentang isu ini kepada Kabinet pada Jumaat ini. 

MAS , Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain