suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Tentukan Kedudukan PM - Nik Abduh

Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan hanya rakyat sahaja boleh menentukan kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin No.1 negara.

"PM sudah dipilih secara demokrasi maka kalau dia nak turun atau kekal, biar rakyat tentukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad yang menggesa Najib untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

Khalid berkata, langkah tersebut perlu dilakukan bagi membuktikan sama ada rakyat masih yakin dan menyokong pentadbiran beliau susulan krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyelubunginya.

Menurut Khalid lagi, tindakan tersebut merupakan jalan terbaik untuk menghentikan serangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap beliau.

Nik Mohamad Abduh turut menyokong pendirian Khalid dan menyifatkan ia sebagai pilihan yang boleh dipertimbangkan Perdana Menteri.

"Saya terima pandangan Shah Alam. Ia satu pilihan kepada PM," katanya.


Artikel Lain