suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CEO Syarikat Minyak Dan Gas Dirompak Lebih RM300,000

KUALA LUMPUR: Seorang ketua pegawai eksekutif syarikat minyak dan gas kerugian lebih RM300,000 apabila sekumpulan lelaki bersenjatakan parang memecah masuk kediaman dan menyamunnya sekeluarga di Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR), Ampang dekat sini awal pagi Rabu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata kejadian berlaku kira-kira 5 pagi ketika mangsa bergelar Datuk itu bersama tujuh anggota keluarganya sedang tidur.

Beliau berkata mereka telah dikejutkan kumpulan itu yang dipercayai merupakan warga asing yang memecah masuk dari tingkap belakang kediaman mangsa.

Kumpulan penjenayah itu dilaporkan mengacukan parang ke leher Datuk berkenaan ketika mengejutkannya, katanya.

"Mereka kemudiannya mengarahkan tujuh anggota keluarga mangsa yang lain berkumpul di sebuah bilik sebelum mengikat tangan mereka dan menggeledah rumah mangsa.

"Mereka kemudiannya melarikan wang tunai, jam tangan, telefon bimbit serta barang kemas yang dianggarkan bernilai RM300,000," kata Abdul Samah.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan jenayah tersebut dilakukan anggota Geng Rantau yang aktif merompak kediaman mewah di kawasan berkenaan.

Kes diklasifikasi sebagai rompakan secara berkumpulan dan bersenjata. -- BERNAMA

Rompak

Artikel Lain