suria

NGO: Kanak-kanak Sesuai Beri Keterangan Di Mahkamah

KUALA LUMPUR: Walaupun kanak-kanak sering dilihat tidak bersalah, namun sistem perundangan melihat golongan itu sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya.

"Dalam undang-undang, terdapat kecenderungan untuk menganggap kanak-kanak berbohong," kata Pengerusi Voice of the Children (VoC), Sharmila Sekaran.

Awal bulan ini, seorang lelaki berusia 60 tahun itu dibebaskan daripada tuduhan rogol kerana saksi mangsa masih kecil dan dianggap tidak boleh dipercayai.

Bagaimanapun Sharmila yang juga peguam hak asasi manusia cuba untuk memecahkan tanggapan berkenaan.

Menurutnya kanak-kanak sentiasa mahu mendedahkan kebenaran.

Namun beliau berkata, perasaan takut untuk menyakiti perasaan penyoal mungkin memaksa kanak-kanak untuk menukar jawapan.

Jelas Sharmila, halangan berkenaan bagaimanapun dapat ditembusi melalui terapi secara bermain.

"Apa yang perlu dilakukan adalah mendapatkan bantuan daripada orang yang berpengalaman seperti pakar psikologi kanak-kanak.

"Melalui terapi bermain, ada kemungkinan untuk mendapatkan kebenaran daripada kanak-kanak," katanya.

Sementara itu Presiden Penjagaan Awal Kanak-kanak dan Majlis Pendidikan (ECCE), Datuk Dr Chiam Heng Keng bersetuju dengan pandangan berkenaan.

Katanya terapi bermain adalah amat berkesan dalam kes-kes penderaan seksual.

"Seorang kanak-kanak mempunyai perbendaharaan yang terbatas untuk menggambarkan serangan seksual. Terapi bermain membolehkan kanak-kanak ini untuk menceritakan pengalaman mereka menggunakan mainan.

"Dalam kes-kes penderaan seksual, kami menggunakan anak patung," katanya, sambil menambah bahawa mereka membantu kanak-kanak untuk menggambarkan apa yang berlaku atau menunjukkan bahagian tubuh mereka yang disentuh.

Artikel Lain