Marina Terus Tentang Hudud - Semasa | mStar

Marina Terus Tentang Hudud

PETALING JAYA: Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus menentang pelaksanaan hudud di negara ini.

Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, beliau tidak akan meninggalkan negara ini malah berjuang supaya undang-undang berkenaan tidak dilaksanakan.

"Saya tidak boleh hidup di negara di mana orang mahu memotong tangan atau rejam dengan batu seseorang itu sampai mati. Saya akan terus tinggal di sini dan berjuang," katanya.

Undang-undang hudud diamalkan di negara-negara seperti Arab Saudi.

Di Malaysia, Kelantan mengambil langkah pertama ke arah melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu apabila pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan telah diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri pada 19 Mac lalu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian di Parlimen bagi meminda Akta 355 bertujuan meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah.

Hudud , Marina Mahathir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pulau Pinang Tolak Rohingya

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain