suria

Bayi Lelaki Ditemui Di Sitiawan

SITIAWAN: Seorang bayi lelaki dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan, ditemui di tepi jalan di Taman Teratai di sini dengan dibaluti kain batik berwarna biru, pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah ketika dihubungi berkata bayi itu, yang dipercayai berusia 28 minggu di dalam kandungan, ditemui di tepi jalan oleh seorang wanita yang dalam perjalanan pulang dari rumah rakannya kira-kira pukul 8.30 pagi.

"Dia kemudian menghantar bayi berkenaan ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan dan bayi itu dirawat di Unit Jagaan Rapi Neonatal hospital itu," katanya.

Beliau berkata keadaan bayi itu kini stabil dan masih dirawat di hospital berkenaan kerana mengalami masalah pernafasan serta jangkitan kuman.

Bayi tidak cukup bulan, sitiawan

Artikel Lain