suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu Lelaki Maut, Wanita Parah

KOTA KINABALU: Seorang pemandu maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Tuaran Bypass, kira-kira 6.05 petang, pada Jumaat.

Mangsa Mohd Syukri Shamsuddin, 27, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth II pada 8.40 malam akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata ketika kejadian kenderaan mangsa dari arah Kota Kinabalu melanggar kereta yang dipandu seorang wanita.

"Kereta mangsa melanggar bahagian pintu depan, sebelah kiri kereta wanita itu," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian disebabkan kecuaian pemandu wanita itu kerana membuat pusingan U dan tidak memberi laluan kepada kenderaan mangsa yang berada di jalan lurus.

Pemandu wanita yang berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan parah dimuka serta mata dan dirawat di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu.

Kemalangan, Polis, Maut, Jalan Tuaran

Artikel Lain