suria

Tidak Pernah Diminta Pertimbang Projek TRX - Petronas

KUALA LUMPUR: Petronas mengesahkan bahawa syarikat  tidak pernah diminta untuk mempertimbangkan projek pembangunan Tun Razak Exchange (TRX).

"Malah, kami mempunyai mempunyai projek pembangunan yang mencukupi di KLCC yang terdiri daripada bangunan pejabat, sebuah hotel dan perluasan ruang niaga yang dilaksanakan KLCC Holdings (cabang hartanah kami) dan rakan kongsinya," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu sebagai respons kepada laporan yang mengatakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin enggan menjawab pertanyaan mengenai perkara itu selepas mengumumkan keputusan kewangan suku pertama 2015 kumpulan.

Soalan yang dikemukakan ialah sama ada Petronas akan mempertimbangkan pembelian tanah di TRX untuk menambah simpanan tanahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain