suria

Enam Remaja Sabah Antara Pengikut IS

KOTA KINABALU: Enam remaja dari Sabah yang terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan negara Islam (IS) menerusi media sosial ditahan selepas disyaki ada kaitan dengan IS tahun lalu.

"Lima daripada mereka ditahan di pantai Timur manakala seorang lagi di Kuala Lumpur," kata Inspektor Mohd Shahrizan Yahaya kepada The Star Online.

Beliau berkata seramai 61 rakyat Malaysia dilaporkan menyertai IS manakala sebahagian daripadanya terbunuh.

"Kami bimbang mengenai rakyat Malaysia yang bersama mereka (militan IS) di Syria kerana jika mereka berjaya memasuki negara ini, mereka akan bertindak berseorangan dan melakukan keganasan.

"Malaysia menolak ideologi IS kerana ia berteraskan ekstremisme dan keganasan yang menyimpang dari ajaran Islam dan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Beliau berkata, walaupun situasi dan pengaruh IS masih terkawal di negara ini, ia tidak bermaksud Malaysia bebas daripada sebarang ancaman.

IS, remaja Sabah

Artikel Sebelum

Suhaizan Bimbang

Artikel Lain