suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ko Tong Ada Hubungan Rapat Dengan Pihak Berkuasa - Gabenor Satun

Ko Tong.

SATUN: Suspek yang disyaki sebagai dalang sindiket penyeludupan manusia, Pajjuban Angchotephan merupakan bekas pemimpin sebuah parti politik dan mempunyai hubungan rapat dengan pihak berkuasa dan beberapa pemimpin tertentu kerajaan, dakwa Gabenor Satun Dejrat Simsiri.

Simsiri mendakwa, hubungan kuat itu membolehkan Angchotephan atau nama jolokannya, Ko Tong dapat melepaskan diri daripada pihak berkuasa.

Simsiri bagaimanapun enggan mendedahkan parti politik yang pernah disertai Ko Tong atau memberi maklumat lanjut mengenai perkara itu kerana suspek telah diserahkan kepada Polis Thailand di Bangkok pada Isnin lalu.

Suspek merupakan bekas pengerusi Pentadbiran Wilayah Satun kira-kira 10 tahun yang lalu.

Simsiri turut menafikan dakwaan bahawa Pulau Rat Yai yang dikatakan milik Ko Tong digunakan sebagai pusat transit untuk pelarian warga Rohingya sebelum mereka diseludup.

"Ia adalah pulau persendirian yang dimilik datuk Ko Tong dan ia diwarisi oleh seorang ahli keluarganya.

"Terdapat beberapa keluarga yang tidak mempunyai hubungan dengan Ko Tong tinggal di pulau tersebut.

"Saya pergi ke Pulau Rat Yai bersama polis yang pergi ke sana untuk menjalankan siasatan beberapa hari lalu dan saya boleh mengesahkan bahawa pulau itu tidak digunakan untuk mana-mana aktiviti pemerdagangan manusia," katanya kepada The Star di pejabatnya di Thanon Satunthanee di sini, Selasa.

Pulau Rat Yai adalah sebuah pulau kecil yang terletak berhampiran Koh Sarai, kira-kira 50 kilometer ke utara dari Langkawi.

Simsiri berkata, pelarian Rohingya memberitahu mereka tidak pernah merancang untuk mendarat di perairan Thailand sebaliknya mahu ke Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Lain