suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Rancang Tubuh Unit Dron

Kenderaan udara tanpa pemandu atau dron. - GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk menubuhkan unit pengawasan udara menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

"Dron membolehkan kita membuat pengawasan lebih baik," kata Khalid, sambil menambah bahawa selain daripada hanya menambah bilangan anggota, polis akan menggunakan teknologi untuk meningkatkan keupayaan kepolisiannya.

"Jangan bimbang, dron ini tidak akan dipasang dengan peluru berpandu, tetapi hanya kamera," katanya pada sesi sembang dalam talian 'Santai With IGP' (Santai Bersama KPN) yang dianjurkan oleh Yayasan Pengaman Malaysia di sini, Selasa.

Tambah Khalid, penggunaan dron itu akan menjimatkan tenaga kerja di samping memastikan pengawasan di jalanan berjalan lebih lancar.


Khalid Abu Bakar, PDRM, dron

Artikel Lain