suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belia Digalak Jana Idea Kekalkan Keseimbangan Sosial - Idris

Idris Haron.

MELAKA: Golongan belia di negeri ini digalak menjana lebih banyak idea dan kreativiti bagi mengekalkan keseimbangan sosial, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata ia penting bagi mendidik belia yang cintakan keamanan di samping mewujudkan suasana yang harmoni dan ceria.

"Negara bergantung kepada belia dalam memikul tanggungjawab untuk menjana agenda nasional dan wawasan negara.

"Belia juga adalah penentu kepada kejayaan kesemua program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Belia Peringkat Negeri Melaka di Dataran 1Malaysia, Klebang di sini malam Sabtu.

Dalam karnival tiga hari bermula Jumaat itu, kira-kira 250 acara dirancang merangkumi pembangunan kerohanian dan modal insan, pertandingan, penyerlahan bakat dan kebolehan, sukan dan rekreasi serta pembangunan usahawan.

Idris berkata idea dan kreativiti yang bernas juga dapat mengekang persepsi masyarakat yang sentiasa mengaitkan perlakuan negatif golongan belia masa kini.

"Belia seringkali dikaitkan dengan perlakuan negatif dan tidak bermoral, malah dikaitkan juga dengan aktiviti demonstrasi jalanan, berhaluan kiri dan menentang kerajaan.

"Diharapkan momentum ini (idea dan kreativiti) dapat dikekalkan bagi mengelakkan persepsi masyarakat yang beranggapan belia ketandusan idea dan tidak memiliki inovasi," katanya.

belia, keseimbangan sosial

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia