suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Benarkan Bot Bawa Pelarian Rohingya, Bangladesh Mendarat'

Seorang kanak-kanak etnik Rohingya menangis selepas bot yang mereka naiki ditemui hanyut di Perairan Thailand.

PETALING JAYA: Bot yang membawa pelarian etnik Rohingya dan Bangladesh sepatutnya dibenarkan mendarat di pantai dan diberi akses kemanusiaan penuh oleh kerajaan Malaysia, Thailand dan Indonesia, kata Mercy Malaysia.

Agensi kemanusian itu berkata, ketiga-tiga negara juga perlu memberi akses kepada pekerja kemanusiaan untuk menghantar bantuan yang diperlukan oleh mereka yang berada di pusat tahanan sedia ada.

"Menyediakan bantuan kemanusiaan dan membantu menyelamatkan nyawa adalah perkara yang betul dan tindakan berperikemanusiaan untuk dilakukan sekarang," kata Mercy dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tindakan Indonesia dan Malaysia mengarahkan bot yang dipenuhi dengan pendatang asing warga Bangladesh dan Rohingya dalam keadaan kelaparan agar berpatah-balik telah menimbulkan kemarahan Washington dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Krisis kemanusiaan timbul selepas polis Thai bertindak keras terhadap aktiviti penyeludupan manusia.

Aktivis menganggarkan kira-kira 8,000 pendatang asing yang kemungkinan berada di lautan Asia Tenggara dalam keadaan kebuluran dan berdepan dengan kematian.

Mercy Malaysia berkata keadaan itu amat membimbangkan kerana muatan kapal dalam keadaan tidak sempurna tanpa sebarang pengemudi dan penunjuk arah.

Keadaan itu menyebabkan pendatang asing berhadapan bahaya malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

"Sebahagian besar tanpa bekalan makanan dan minuman manakala sudah jelas ada yang memerlukan rawatan perubatan," katanya.

Sebagai pengerusi Asean, Malaysia harus mencari jalan jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi krisis dengan kerjasama bersepadu semua pihak berkaitan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia