suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tarik Lesen, Senarai Hitam Syarikat Terlibat Pembalakan Haram - MCPF

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MNCF) mencadangkan supaya lesen syarikat yang didapati bersalah melakukan aktiviti pembalakan haram dan salah laku rasuah dalam sektor perhutanan ditarik balik serta nama syarikat berkenaan disenarai hitamkan.

Selain itu, ia juga mencadangkan agar pegawai penguatkuasa yang ditempatkan di lokasi 'panas' perlu sering ditukar bagi memastikan ruang dan peluang pelakuan rasuh dapat dipantau dengan teliti dan dibanteras.

Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye membuat cadangan tersebut menerusi kenyataan pada Sabtu susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan serbuan serentak di 49 lokasi di enam kawasan seluruh Sarawak dalam 'Ops Gergaji' sejak Selasa lepas.

Dalam operasi bersepadu membanteras aktiviti pembalakan haram dan rasuah dalam sektor perhutanan, SPRM menyita 1,570 batang kayu balak bernilai hampir RM1 juta, selain membekukan 405 akaun syarikat serta individu bernilai RM600juta. 

Pembalakan haram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain