suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Beri Amaran Tindakan Tegas Pemerdagangan Manusia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menyuarakan kebimbangan dengan masalah pendatang di rantau Asia Tenggara dan berkata Malaysia tidak akan bertoleransi dengan sebarang bentuk pemerdagangan manusia.

"Saya berasa amat bimbang dengan masalah pendatang di rantau kita, sesetengah daripada mereka sudahpun sampai ke negara kita dan lain-lainnya yang masih mencuba untuk datang," katanya dalam blog beliau, www.najibrazak.com.

Beliau turut mengikrarkan tindakan tegas terhadap dalang pemerdagangan manusia.

"Malaysia tidak pernah dan tidak akan bertoleransi dengan sebarang bentuk pemerdagangan manusia.

"Sesiapa yang didapati melakukan ketidakadilan ini dan melanggar undang-undang negara kita akan dipertanggungjawabkan," katanya.

Artikel Lain