suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Terkini:Kedutaan Malaysia Di Kathmandu Kenal Pasti Rakyat Malaysia

Penduduk di Kathmandu keluar dari rumah masing-masing selepas gegaran terbaharu melanda wilayah itu pada Selasa. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Kathmandu sedang mengambil langkah-langkah perlu untuk mengenal pasti sama ada rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi terkini yang melanda Nepal pada Selasa.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata gempa bumi 7.3 pada skala Richter itu menggegarkan Nepal pada Selasa lebih kurang 12.35 tengah hari waktu tempatan (3.05 petang waktu Malaysia).

"Kementerian akan terus memantau keadaan. Kami ingin menegaskan bahawa adalah penting bagi semua rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melawat negara itu supaya menghubungi Kedutaan Malaysia di Kathmandu.

"Ini akan membantu Kedutaan menyediakan bantuan konsular yang diperlukan kepada rakyat Malaysia di luar negara," menurut kenyataan itu.

Gempa bumi pada Selasa berlaku dua minggu selepas gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda Nepal pada 25 April.


Kathmandu, gegaran

Artikel Lain