suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemungut Hutang Maut Ditembak

BUTTERWORTH: Seorang pemungut hutang maut ditembak ketika menunggang motosikal di lorong belakang deretan rumah kedai di Taman Carissa, Mak Mandin di sini Selasa.

Goh Wooi Loon, 31, dilapor dikejar seorang lelaki yang menaiki motosikal sebelum ditembak dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata kejadian pada 7.20 malam itu menyebabkan Goh terjatuh daripada motosikalnya dan mati di tempat kejadian.

"Berdasarkan maklumat awal, mangsa yang tinggal di Taman Bagan Ajam, dekat sini dikejar seorang lelaki yang turut menunggang motosikal sehingga ke lorong belakang premis kedai di situ.

"Pemeriksaan forensik mendapati kesan luka akibat tembakan di bawah telinga kanan mangsa," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Abdul Rahman berkata motif kejadian masih disiasat dan polis akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan berkenaan atau kedai  berhampiran bagi membantu siasatan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

pemungut hutang, maut, tembak

Artikel Lain