suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Bangladesh Diberkas

KUALA NERUS: Seorang pelajar Bangladesh antara 21 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diberkas dalam Ops Ikrar di sini pada Isnin malam.

Pelajar itu yang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur ditahan tengah malam tadi di sebuah tapak pembinaan di Kampung Batu Enam di sini.

Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigresen Terengganu, Ahmad Shalihin Salleh berkata pelajar terbabit didapati menggunakan pas pelajar untuk bekerja sebagai buruh binaan.

Dia yang berusia 21 tahun mendakwa berkunjung ke kawasan itu untuk menemui rakannya.

"Pihak kami telah menahan pelajar ini untuk siasatan lanjut dan kita akan hubungi institusi tempat dia belajar bagi mendapatkan pengesahan berhubung statusnya," katanya.

Ahmad Salihin berkata seramai 14 orang warga asing terdiri daripada warga Thailand, Myanmar, Bangladeh dan Indonesia ditahan dalam operasi itu kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah, manakala tujuh lagi termasuk pelajar terbabit ditahan kerana melanggar syarat pas lawatan sosial.

Kuala Nerus, Bangladesh

Artikel Sebelum

Artikel Lain