suria

Enam Suspek Disyaki Terlibat Kes Bunuh Ditahan

KOTA BAHARU: Enam suspek termasuk seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kes membunuh serta membakar seorang lelaki di ladang sawit Cherang Tuli, Padang Pak Amat, Pasir Puteh ditahan pada Isnin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata mereka yang berusia antara 20 hingga 60 tahun ditahan kira-kira sejam selepas kejadian pukul 6 petang itu.

"Lima suspek ditahan di rumah kongsi yang terletak tiga kilometer dari tempat kejadian manakala seorang ditahan di Jerteh, Terengganu.

"Kesemua mereka berasal dari Senai, Johor. Kita percaya kes ini telah selesai selepas tertangkapnya kesemua suspek," katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan pesara polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu pada Selasa.

Dalam kejadian itu, mangsa A. Ravi, 39, ditemui terbakar oleh orang awam.

Mazlan berkata siasatan awal mendapati mangsa dipukul terlebih dahulu sebelum dibakar.

"Kita percaya motif kejadian adalah selisih faham antara mangsa dengan salah seorang suspek. Mereka membakar suspek untuk menghapuskan bukti," katanya.

Jerteh, Bunuh, Kelantan

Artikel Berikut

Artikel Lain