suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Jamin Deposit Di Tabung Haji Selamat

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa wang yang didepositkan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) adalah selamat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, orang ramai, khususnya pendeposit tidak perlu bimbang dengan wang yang didepositkan kepada TH.

"Saya nak menyatakan bagi pihak kerajaan bahawa pendeposit tak perlu bimbang kerana semua deposit dalam Tabung Haji dijamin oleh kerajaan.

"Tak bangkit isu kalau ada mana-mana pihak yang nak menghasut untuk pendeposit mengeluarkan deposit mereka daripada Tabung Haji," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Isnin.

Katanya, isu yang timbul melibatkan TH telah dibincangkan dalam mesyuarat pada kali ini, namun tidak memberikan penjelasan lanjut.

"Kita mengambil maklum akan keputusan-keputusan yang telah dibuat dan Majlis Tertinggi telah memberi beberapa pandangan dalam perkara tersebut," katanya.

TH mula mendapat kritikan pelbagai pihak apabila membeli plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada syarikat pelaburan di bawah Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berdepan isu pengurusan kewangan.

Pada Sabtu, Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, TH mengambil keputusan untuk menjual semula tanah seluas 0.66 hektar bernilai RM188.5 juta di pusat kewangan TRX di Kuala Lumpur, selepas menerima tiga tawaran daripada pihak yang berminat membelinya

Tabung Haji, MT Umno

Artikel Lain