suria

Kerajaan Akan Bina Jalan Raya Getah

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan harga getah asli akan membina jalan raya getah, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Douglas Uggah Embas.

"Kita perlu meningkatkan penggunaan getah dan kerajaan menyasar menggunakan 10 peratus daripada jumlah pengeluaran getah tahun ini," katanya sambil menambah Indonesia dan Thailand juga bersetuju melakukan perkara yang sama.

Uggah berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Sesi Khas peringkat menteri Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) di sini, Jumaat.

Negara pengeluar utama Thailand, yang mengumumkan rancangan yang sama untuk menggunakan getah bagi jalan raya, laluan pejalan kaki dan takungan air, menggunakan 3.5 tan metrik getah asli bagi setiap 1 kilometer jalan raya.

Uggah juga berkata harga getah Malaysia dijangka pulih semula tahun ini mendapat rangsangan daripada permintaan yang kembali semula dari China.

Getah, Thailand, Indonesia

Artikel Lain