suria

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Dokumen Tabung Haji Bocor

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat kes pembocoran dokumen Lembaga Tabung Haji membabitkan urusan pembelian tanah antara agensi tersebut dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kes tersebut disiasat dibawah AKta Rahsia Rasmi.

"Kami akan memanggil mereka yang ada kaitan dengan kes ini untuk soal siasat segera," katanya pada majlis serah tugas di Bukit Aman pada Jumaat.

Kertas siasatan turut dibuka susulan laporan oleh Tabung Haji mengenai pembocoran dokumen tersebut.

Ditanya sekiranya polis akan menyiasat kes tersebut dengan laporan yang dibuat Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Khalid berkata: "Sikiranya isu tersebut sama, kami akan mengabungkan siasatan berkenaan. Tapi jika tida, maka kita akan membuka IP baharu."

Abim membuat laporan berhubung perjanjian hartanah di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak kira-kira 2.30 petang Khamis.

Kumpulan tersebut menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat Tabung Haji kerana bimbang jika pembelian itu boleh menjejaskan simpanan umat Islam yang digunakan untuk menunaikan Haji.


Tabung Haji, 1MDB, PDRM, Abim

Artikel Lain