suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lori Baja Bertembung Pacuan Empat Roda, Tiga Maut

BINTULU: Tiga lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa muatan baja dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Km75 Jalan Bintulu-Miri pada pukul 5.45 pagi Kahmis.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Bolhan mengesahkan tiga maut termasuk pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut.

"Kesemua mangsa tersepit dan dihimpit oleh lori yang sarat dengan muatan baja itu," katanya sambil menambah mangsa telah dikeluarkan menggunakan bantuan kren.

Setakat ini mangsa yang telah dikenal pasti ialah Bolhasan Bujang, 35, manakala dua lagi mangsa dalam proses untuk dikenal pasti dengan proses mengeluarkan kesemua mangsa bermula pada pukul 9.05 pagi dan berakhir pada 11.15 pagi.

Operasi menyelamat dijalankan oleh lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju dengan menggunakan sebuah jentera.

Bintulu, Kemalangan Maut

Artikel Lain