suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kuala Kangsar Dibanjiri Kenderaan VIP, Jalan Bendahara Ditutup Mulai 8 Pagi

KUALA KANGSAR: Bandar diraja Kuala Kangsar pada Rabu sibuk dengan kenderaan para tetamu dan petugas yang terlibat dengan Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah sejak pukul 7 pagi ini.

Walaupun tidak dapat memasuki istana untuk menyaksikan secara langsung istiadat tersebut, namun terdapat segelintir rakyat jelata menunggu di pintu masuk istana untuk melihat suasana di sini.

Anggota polis ditempatkan dari susur masuk tol Kuala Kangsar sehingga ke istana bagi melancarkan perjalanan lalu lintas ke istiadat pertabalan.

Jalan Bendahara menuju ke istana mula tutup pukul 8 pagi bagi membolehkan tetamu kehormat terdiri daripada wakil raja-raja Melayu berangkat tiba, diikuti menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri.

Antara kenamaan yang dijadual hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.-- Bernama


Artikel Lain