suria

Tarikh Sasaran Siap Projek Kereta Api Laju Perlu Dinilai Semula - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ketika sidang media bersama sempena Pemukiman Ke-6 Pemimpin Malaysia-Singapura di Hotel Shangri-La, Selasa. -fotoBERNAMA
SINGAPURA: Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) di antara Malaysia dan Singapura mungkin perlu dinilai semula dari tarikh sasaran awal siap pada 2020.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong pada Selasa berkata, ini adalah perlu dengan melihat skala dan kerumitan projek.

Kedua-dua pemimpin yang bertemu sempena Pemukiman Ke-6 Pemimpin Malaysia-Singapura bagaimanapun menegaskan komitmen mereka untuk projek tersebut.

Hsien Loong turut mengumumkan bahawa perhentian HSR Singapura akan terletak di Jurong East.

Najib tahun lepas mengumumkan Bandar Malaysia sebagai tapak perhentian di Malaysia.

Rel sepanjang 330km itu akan mengurangkan masa perjalanan kepada 90 minit.

Artikel Lain