suria

Undi Model Muslimah Malaysia Sebelum 20 Mei

PETALING JAYA: Peluang masih dibuka kepada semua pembaca mStar Online  untuk mengundi calon yang layak bergelar Model Muslimah Malaysia.

Pembaca yang berminat boleh melayari portal berita ini untuk turut serta memilih antara 19 model yang bertanding sebelum tarikh akhir 20 Mei ini.

Semua calon yang terpilih boleh dinilai menerusi kaedah undian perkongsian laman sesawang dengan nilai mata berbeza.

Lima cara pengundian ialah dengan berkongsi artikel model pilihan di Facebook memberi 5 markah, berkongsi artikel model pilihan di Twitter (5) dan Embed video artikel model pilihan di media sosial (5). 

Manakala, bagi menulis komen positif di artikel model pilihan menerusi akaun Facebook atau Twitter masing-masing memberi 10 markah kepada model tersebut.

10 model memperoleh markah tertinggi akan memenangi keahlian gimnasium di The Curves.

Model Muslimah Malaysia

Artikel Lain