Anwar 'Kempen' Dari Penjara - Semasa | mStar

Anwar 'Kempen' Dari Penjara

BUKIT MERTAJAM: Menjalani hukuman penjara tidak membataskan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘berkempen' bagi memenangkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh berada dipenghujungnya, Anwar yang kini dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh sempat mengirimkan pesanan untuk rakyat di kawasan berkenaan.

"Kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan kemenangan perjuangan rakyat.

“Undi Keadilan dan Azizah,” katanya pada Selasa.

Pesanan bekas ketua pembangkang itu disampaikan melalui peguamnya, Latheefa Koya menerusi kenyataan media di sini.

Selain itu, menurut Latheefa, anak guamnya itu akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Rabu bagi mendapatkan satu perintah yang membolehkan beliau mengundi pada Khamis ini.

"Pada hari ini, Datuk Seri Anwar mengirim pesanan bahawa beliau masih cuba untuk keluar mengundi. Sudah sampai penghujung kempen PRK Permatang Pauh, namun pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih menafikan hak Datuk Seri Anwar untuk membuang undi.

"Ini mencabuli hak beliau sebagai pengundi menurut Fasal 119 Perlembagaan,” katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga anak kepada Anwar, Nurul Izzah memohon supaya diberikan kelonggaran kepada bapanya mengundi.

Beliau berkata, permintaan itu sejajar dengan saranan Menteri Dalam Negeri, datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Julai 2013, bahawa kementeriannya sedang mengkaji mekanisme yang sesuai membolehkan banduan mengundi pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Anwar hilang kelayakan untuk mengundi pada PRK yang akan diadakan pada  7 Mei itu berdasarkan Perkara 119 (3) Perlembagaan Persekutuan.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain