suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kebakaran Asrama: Pelajar Malaysia Di Moscow Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia yang terlibat dalam kebakaran asrama pada 22 April lalu di Moscow meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan pada Selasa.

Penuntut tahun akhir Universiti Penyelidikan Perubatan Kebangsaan Russia (RNRMU), Artikah Alias, 25, meninggal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sklifosovskogo kira-kira jam 2.30 petang (waktu Moscow) selepas mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki.

Kebakaran di asrama penginapan pelajar, asrama M2 di RNRMU berlaku itu berlaku di dua buah bilik yang didiami lima pelajar Malaysia di tingkat tujuh bangunan asrama berkenaan disebabkan litar pintas.

Bagaimanapun, asap tebal naik sehingga ke tingkat 15 dan menyebabkan ramai pelajar menghadapi masalah pernafasan. 

 Seramai 21 pelajar Malaysia terlibat dalam kebakaran itu.

pelajar malaysia, Moscow, Russia

Artikel Lain