suria

PRK Rompin: Hasan Dapat Sokongan Saudara Mara

Ahmad (kanan) yang juga sepupu kepada Hasan tiba awal untuk menunaikan tanggungjawab mengundi di SK Leban Chondong, Selasa.

ROMPIN: Beberapa saudara mara kepada calon Barisan Nasional (BN)  tiba awal di Sekolah Kebangsaan Leban Chondong di sini untuk menunaikan tanggungjawab sebagai tanda sokongan kepada Datuk Hasan Arifin.

Jahara Ibrahim, 84, turut mendoakan Hasan yang juga dua pupu kepadanya akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin ini.

"Makcik nak dia menang, dia dua pupu  makcik. Lagipun semua orang di sini kenal dia," katanya yang tinggal di Kampung Sabak Feri di sini.

Meskipun terpaksa hadir ke pusat mengundi dengan bantuan kerusi roda, Jahara memaklumkan beliau tidak pernah terlepas untuk menunaikan tanggungjawabnya.

"Makcik suka mengundi, tidak pernah miss (terlepas) untuk mengundi. Hari ini makcik puas hati kerana sudah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Rompin," katanya.

Sementara itu, seorang lagi saudara terdekat calon BN itu, Ahmad Rendah, 82, berkata, beliau menghubungi semua ahli keluarga yang berada di Johor untuk balik mengundi bagi memastikan kemenangan adik sepupunya itu.

"Pakcik hubungi semua saudara mara di Johor supaya balik mengundi. untuk beri kemenangan kepada adik sepupu saya," katanya.

Ahmad berkata, setiap kali tiba pilihan raya beliau akan tetap memberi sokongan kepada calon BN kerana merasakan hanya kerajaan yang diterajui BN yang boleh membantu rakyat di sini.

"Pakcik setia kepada BN, tak pernah ubah sokongan. Kerajaan banyak berjasa kepada rakyat Rompin dan kita balas sumbangan mereka dengan undi calon BN," katanya.

Artikel Lain