suria

Pembaharuan PLKS Secara Dalam Talian Di Semenanjung Mulai 2 Mei - Imigresen

PUTRAJAYA: Pembaharuan pas lawatan kerja sementara (PLKS) secara dalam talian akan dilaksanakan secara menyeluruh di Semenanjung mulai 2 Mei, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim.

Beliau berkata, pelaksanaan itu adalah untuk memastikan perkhidmatan dalam talian dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

"Kerajaan akan membiayai kadar perkhidmatan sebanyak RM35 yang dikenakan oleh pihak MyEG. Oleh yang demikian bayaran proses pembaharuan PLKS pekerja asing kekal pada kadar RM125," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, urusan lain berkaitan pekerja asing termasuk kes-kes tertentu yang dirujuk masih diproses di kaunter-kaunter imigresen.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini dilaporkan berkata, sistem penyeragaman pembaharuan PLKS bagi pekerja asing melalui dalam talian dapat mengurangkan 50 peratus kesesakan di kaunter imigresen.

Artikel Lain