suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abang Ketua Polis Negara Dipanggil Polis

Abdullah

PETALING JAYA: Datuk Abdullah Abu Bakar iaitu abang kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan memberi keterangan kepada polis dalam tempoh terdekat berhubung demonstrasi di depan sebuah gereja yang beroperasi di bangunan komersial di Taman Medan pada Ahad.

"Pagi ini dalam pukul 10.45, saya terima satu panggilan dari Balai Polis Petaling Jaya yang mahu saya memberi keterangan.

"Saya sedang menjalankan perniagaan ketika ini, tetapi selepas kerja selesai, saya akan ke sana, mungkin petang," katanya kepada The Star Online pada Rabu.

Abdullah yang merupakan Ketua Umno Cawangan Taman Lindungan Jaya didakwa bertanggungjawab terhadap demonstrasi tersebut.

Bagaimanapun, Abdullah mendakwa beliau hanya cuba mententeramkan  peserta demonstrasi yang mahu lambang salib di bangunan itu diturunkan kerana kawasan tersebut merupakan penempatan masyarakat Islam.

Umno, Polis, Salib, Gereja

Artikel Sebelum

Artikel Lain