suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M Tidak Keseorangan Tegakkan Kebenaran - Muhyiddin

Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pendiriannya dalam menegakkan kebenaran.

"Bercakap benar dan berpendirian merupakan simbol kepada anda (Dr Mahathir) sejak anda masih menjadi doktor muda dan ahli Umno biasa.

"Saya memberi jaminan, anda tidak akan keseorangan dalam menegakkan kebenaran," kata Muhyiddin semasa berucap di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad, yang turut dihadiri Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Tambah Muhyiddin, Dr Mahathir sentiasa berpendirian tentang apa yang beliau percaya dan menyanjungi bekas perdana menteri itu kerana mempunyai keberanian beliau terhadap kuasa besar dunia dalam menentang peperangan.


Artikel Lain