suria

Kerajaan Tuntut Kontraktor Sabah Laksana Lebuhraya Pan Borneo

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memohon kepada kerajaan pusat untuk memilih kontraktor tempatan di Sabah yang berwibawa untuk melaksanakan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di negeri berkenaan.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Bobbey Ahfang Suan berkata kerajaan negeri sudah mengemukakan permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan pusat bagi memberi peluang kepada kontraktor tempatan terlibat dalam projek itu seperti dilaksanakan di Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Hiew King Cheu (BN-Luyang) yang ingin tahu sama ada kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah akan dianugerahkan kepada kontraktor tempatan negeri itu, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, Rabu.

Bobbey berkata kerajaan negeri bersama kerajaan pusat masih berunding untuk menentukan model kewangan dan kaedah perolehan yang akan digunakan dalam melaksanakan projek lebuh raya berkenaan.

Katanya piawaian yang akan diguna pakai bagi pembinaan Lebuhraya Pan Borneo adalah piawaian yang disediakan Jabatan Kerja Raya (JKR) U5 bagi kawasan bandar, manakala piawaian R5 bagi kawasan luar bandar.

Pan Borneo

Artikel Lain