suria

Wanita Dipenjara Kerana Tawar Khidmat Seks Kepada Polis

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris memerintahkan Lee Cheong How, 34, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap pada 13 April.

Lee didakwa menawarkan khidmat seks kepada Inspektor Ahmad Nazri Mohd Adnan, 37, di depan sebuah hotel di Jalan Raja Laut, Dang Wangi di sini pada pukul 10.05 pagi pada 13 April.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Zuraimi Kamarozzaman.

Seks, Polis

Artikel Lain