suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Dipercayai Lemas Ketika Berkelah

LUNDU: Aktiviti riadah sekumpulan lapan sekawan yang terdiri daripada tiga perempuan dan lima lelaki bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas ketika sedang berkelah di kawasan air terjun Kampung Jankar di sini Ahad.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Lundu kejadian dipercayai berlaku jam 6.55 petang di tingkat paling atas air terjun berkenaan apabila dua mangsa terbabit dipercayai terjatuh lalu lemas.

Jurucakap itu berkata, seorang daripada mangsa dikenali sebagai Alif Hamzah berumur 27 tahun sudah ditemui.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Ahmad Hafiz, 27, masih gagal ditemui sehingga jam 10 malam, oleh pasukan mencari dan menyelamat dari Balai Bomba tersebut.

lemas, berkelah

Artikel Lain