suria

Hishammuddin Persoal Kritikan 'Tiada Penghujung' Dr M Terhadap Najib

Hishammuddin Hussein.
KUALA LUMPUR: Tidak ada gunanya menjawab setiap dakwaan yang dilemparkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia sentiasa bertukar, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Tuduhan tersebut bertukar dari hari demi hari. Walaupun Datuk Seri Najib (Tun Razak) menjawab beberapa isu yang beliau bangkitkan terlebih dahulu, beliau terus membangkitkan beberapa isu lain.

"Bila kita akan berhenti menjawab segala tuduhan yang dibangkitkan hampir setiap hari?

"Apa penghujung kepada permainan itu, apa tujuannya? Jika kita terus seperti ini siapa yang akan mentadbir negara?

"Sesetengah pemimpin Umno menyifatkan kritikan tersebut keterlaluan dan ini boleh menjejaskan parti," katanya Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno kepada pemberita apabila ditanya mengenai serangan terbaharu Dr Mahathir terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Artikel Lain