suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bungkusan Bom Ditemukan Di Stesen Minyak

BUKIT MERTAJAM: Satu bungkusan hitam dipercayai grenad yang dibungkus ditemui dalam tandas lelaki sebuah stesen minyak di Jalan Kulim, di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata bungkusan hitam yang dalam keadaan mencurigakan itu ditemui 4.30 petang oleh orang awam yang menggunakan tandas berkenaan.

"Polis yang tiba di tempat kejadian menjalankan siasatan awal dan mendapati ia dipercayai grenad, kami memanggil Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pemeriksaan lanjut.

"Sehingga 9 malam ini, ia masih berada dalam tandas berkenaan dan pasukan Unit Pemusnah Bom sedang menjalankan pemeriksaan untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata operasi stesen minyak berkenaan ditutup sejak grenad itu ditemui bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Rusli berkata polis akan meneliti CCTV yang terdapat di stesen minyak berkenaan bagi mengesan pihak yang meletakkan bom di tandas itu.

"Motif kejadian tidak diketahui dan polis akan memanggil pemilik dan pekerja stesen minyak berkenaan bagi menjalankan siasatan daripada semua aspek," katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Bom, Grenad

Artikel Lain