suria

Ahmad Maslan Tuduh Pembangkang Fitnah Miliki Rolex

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menuduh pembangkang memfitnahnya dengan mendakwa beliau memiliki seutas jam tangan mewah.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, beliau tidak pernah memiliki jam tangan mewah jenis, Rolex Submariner, apatah lagi memakainya.

"Fitnah! Ini kerja pembangkang! Saya tak ada Rolex Submariner & tak Pernah memakainya. Jam saya yang biasa saja," katanya menerusi twit di laman sosial Twitter miliknya.

Ahmad memberi reaksi demikian bagi menjawab dakwaan Pengerusi MyWatch (NGO pemantau jenayah), Sri Sanjeevan yang menyiarkan jenis dan harga jam yang dipakai beberapa ahli politik negara ini.

Disebalik beberapa gambar yang disiarkan, terdapat dakwaan bahawa Ahmad turut  memakai jam tangan mewah jenis Rolex Submariner bernilai sekitar RM30,000 hingga RM40,000.

Berikutan itu Sanjeevan turut membalas twit Ahmad dengan meminta timbalan menteri itu membuat laporan polis jika ia tidak benar.

"Tolong buat laporan @PDRMasia supaya mereka boleh menyiasat @SPRMMalaysia," katanya sambil mengenakan tag kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Kewangan, Ahmad Maslan

Artikel Berikut

Artikel Lain