suria

Polis Bersedia Untuk PRK Permatang Pauh

Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi
GEORGE TOWN: Polis akan mengerahkan 2,000 anggotanya untuk bertugas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi berkata anggota yang terlibat akan bertugas dari hari penamaan calon pada 25 April hingga hari mengundi pada 7 Mei.

Beliau berkata polis juga akan bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu depan untuk lebih menyelaras tugas-tugas kakitangan mereka.

"Kami menyasarkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) insiden sifar dalam tempoh itu," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Jalan Pulau Pinang di sini, Jumaat.

Abdul Rahim berkata, polis telah mengenal pasti tujuh fasa pilihan raya kecil, iaitu hari penamaan calon, kempen, pengundian awal, akhir kempen, hari pengundian, pengiraan undi dan pengumuman undi untuk delegasi tugas yang lebih baik.

"Kami sudah bersedia dan membuat persiapan untuk pilihan raya kecil itu. Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk memastikan ketenteraman awam dan rakyat, dan pengundi tidak perlu bimbang tentang keselamatan mereka untuk mengundi," katanya.

Abdul Rahim menasihatkan ahli-ahli politik memohon permit untuk menganjurkan ceramah.

"Mereka tidak harus membangkitkan isu-isu sensitif yang akan menyebabkan ketidakharmonian," katanya.

PRK Permatang Pauh

Artikel Lain