suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM, Agensi Penguatkuasa Gabung Tenaga Banteras Balak Haram Di Kelantan

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bergabung tenaga dengan beberapa agensi penguatkuasa tempatan di Kelantan bagi menangani isu pembalakan haram di negeri itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan), Datuk Mustafar Ali berkata, pasukan petugas khas yang diwujudkan oleh kerajaan negeri Kelantan meliputi SPRM, polis, jabatan perhutanan negeri dan agensi-agensi lain merupakan satu langkah baik bagi mematahkan aktiviti pembalakan haram.

"Kita mengalu-alukan langkah tersebut dan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi menangani isu dalam sektor pembalakan di Kelantan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai salah laku itu supaya melaporkannya kepada SPRM.

Mustafar berkata, penubuhan pasukan petugas khas tersebut menyamai langkah yang dibuat oleh kerajaan negeri Sarawak menerusi Ops Tukul bagi membanteras aktiviti pembalakan haram di negeri itu tahun lalu.

"Menerusi Ops Tukul, SPRM telah menahan 57 orang dan merampas kayu balak bernilai RM41 juta," katanya.

SPRM, Mustafar Ali, balak haram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain