suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Warga Asing Berbungkus Ditemui Di Bukit Minyak

Kejadian di Jalan Permatang Tinggi pada pagi Jumaat ini seperti kes yang berlaku di Jalan Perusahaan, Bukit Minyak, tahun lalu. Gambar Hiasan.

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki dipercayai rakyat asing ditemui berbungkus seperti dikafan di tepi jalan kebun di Jalan Permatang Tinggi, Bukit Minyak di sini, Jumaat.

Jurucakap polis berkata, mayat tanpa sebarang dokumen itu ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan itu pada pukul 9.50 pagi.

"Siasatan awal mendapati tiada kecederaan dan kesan suntikan BCG pada mayat yang berbalut dengan selimut berwarna biru hitam itu," katanya di sini, Jumaat.

Mayat dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.-- Bernama

Artikel Lain