suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Tak Puas Hati Pembinaan Semula Rumah Mangsa Banjir Kelantan

Ahmad Hamzah, 52, mengutip perkakas dapur yang masih tersisa di tapak rumahnya di Kampung Manek Urai Lama selepas rumahnya dihanyutkan air dalam kejadian banjir besar yang melanda negeri Kelantan pada akhir tahun lalu.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak berpuas hati dengan kerja-kerja pembinaan semula kediaman mangsa banjir di Kelantan.

"Saya rasa lebih banyak lagi yang boleh dilakukan ketika ini. Saya sebenarnya tidak berpuas hati dan saya rasakan ia boleh diperbaiki," kata Najib menerusi program Soal Jawab Bersama Perdana Menteri yang disiarkan di televisyen pada malam Khamis.

Kira-kira 50,000 rakyat Kelantan menjadi mangsa bencana yang melanda pantai timur negara pada Disember lalu.

"Saya harap kerjasama antara kerajaan Pusat dan negeri dapat diperkukuhkan, terutama berkaitan hak milik tanah kerana ia dibawah bidang kuasa kerajaan negeri," katanya.

Beliau menambah: "Kerajaan negeri mempunyai tanah, manakala kerajaan Pusat ada peruntukan kewangan, kita boleh serahkan untuk bina rumah baharu kepada mangsa banjir."



Artikel Lain