suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ribut Landa Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Enam rumah di Permatang Kuang, Kepala Batas, dekat sini rosak, manakala berpuluh-puluh pokok tumbang dalam kejadian ribut, petang Jumaat.

Ribut dan hujan lebat selama dua jam bermula 6.30 petang itu turut menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah antaranya di Bandar Sunway, Seberang Jaya dan Butterworth.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Permatang Kuang, Zulkifli Ayob berkata, angin kencang itu menyebabkan bumbung rumah penduduk diterbangkan angin selain bekalan elektrik terputus.

"Kesemua enam keluarga terlibat dalam kejadian ribut itu dipindahkan sementara ke rumah saudara dan jiran," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Yusmizal Husin berkata, berpuluh-puluh pokok tumbang dan merentangi jalan menyebabkan gangguan lalu lintas berikutan beberapa laluan terpaksa ditutup.

Beliau berkata, antara jalan terlibat ialah Jalan Telok Air Tawar di Butterworth manakala di sebelah pulau ialah Jalan Loh Poh Heng Tanjung Bungah, Jalan Perak, Jalan Hajjah Rehmah di Jelutong dan Jalan York.

"Terdapat juga kes bumbung parkir kenderaan runtuh iaitu di Paya Terubong selain sebuah bumbung rumah ditimpa pokok kelapa di Bukit Minyak, Bukit Mertajam," katanya.

Katanya, setakat 8 malam ini anggota bomba masih menjalankan kerja-kerja pembersihan mengalihkan pokok tumbang.-- Bernama 


ribut, Permatang Kuang, Zulkifli Ayob

Artikel Lain