suria

Rafizi Dimaklum Kenyataan BMW, Tak Akui Silap Dakwa

Rafizi Ramli.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dimaklumkan mengenai kenyataan yang dibuat oleh BMW Group Malaysia namun beliau tidak mengakui kesilapan membuat dakwaan enam kereta BMW dengan jata negara dibeli kerajaan.

"Saya telah dimaklumkan bahawa BMW Malaysia menyatakan enam kereta BMW yang dipaparkan ditaja oleh BMW bagi persidangan Asean," katanya dalam satu kenyataan di akaun rasmi Facebooknya pada Rabu.

Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut berterima kasih kepada orang kerana mengambil gambar-gambar tersebut.

"Terima kasih kepada orang ramai yang mengambil gambar dan lain-lain. 

"Syukur bukan duit GST (rakyat) yang digunakan untuk membeli kereta-kereta ini," katanya.

Dakwaan Rafizi bahawa enam kereta BMW yang menggunakan jata negara dibeli kerajaan adalah tidak benar.

"Kereta tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen BMW Group Malaysia sebagai Rakan Automotif bagi Kemuncak Asean Ke-26 akan diadakan di Kuala Lumpur dan Langkawi dari 24 sehingga 28 April ini. BMW Group Malaysia akan menyediakan kereta BMW 7 Series dan BMW 5 Series sebagai kegunaan untuk membawa orang kenamaan (VIP) dan pegawai rasmi ke sidang kemuncak itu," kata kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris pada Rabu.

Beliau mengulas dakwaan yang dibuat oleh Rafizi pada pagi Rabu.

Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen berkata: "Pagi ini, saya dapat maklumat dan gambar enam kereta BMW 7 Series di sebuah bilik pameran kereta di Bandar Puteri, Puchong yang tidak mempunyai plat nombor pendaftaran. 

"Sebaliknya, kereta mewah tersebut menggunakan jata negara sehingga mencetuskan spekulasi bahawa ia dimiliki kerajaan Persekutuan."

BMW, Rafizi Ramli

Artikel Lain