suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JPAM Disyor Diberi Peranan Utama Terajui Usaha Menyelamat - Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengesyorkan kepada kerajaan agar Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) diberikan peranan utama dalam menerajui usaha menyelamat dan urusan penyaluran bantuan. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kini terdapat banyak organisasi, agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) mengendalikan bantuan dan usaha menyelamat ketika bencana berlaku sehingga sering dilihat tidak tersusun.

"Maka, ramai pemimpin negara mahukan satu agensi tunggal mengetuai usaha menyelamat dan menyalurkan bantuan agar ia dapat berjalan dengan lancar. Mereka rasakan JPAM terbukti dalam malapetaka besar dan setempat.

"Saya akan terus berjuang dalam mesyuarat jemaah menteri atau mesyuarat berkaitan agar JPAM diberi peranan utama dalam mengetuai organisasi menyelamat," katanya pada majlis makan malam khas bersama artis bersekutu di sini malam Rabu.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah JPAM, Datuk Zaitun Abdul Samad.

JPAM, Ahmad Zahid Hamidi

Artikel Lain