suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BN Johor Sokong Kepimpinan Najib Disebalik Kritikan Dr Mahathir

Mohamed Khaled Nordin.

KULAIJAYA: Barisan Nasional (BN) Johor menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau telah dipilih secara demokrasi oleh rakyat untuk mengetuai kerajaan Persekutuan. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi BN negeri berkata, Johor memberi sokongan penuh kepada Najib disebalik kritikan yang dilemparkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed. 

Beliau berkata ini bukan kali pertama Dr Mahathir mengkritik pentabdiran Najib. 

"Dr Mahathir tetap Dr Mahathir," kata Khaled kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Heraeus Materials (M) Sdn Bhd di I-Park @Indahpura di sini, Khamis. 

Khaled berkata, Dr Mahathir juga pernah mengkritik beliau ketika mencadangkan pembentangan Enakmen Lembaga Perumahan dan Harta Tanah Johor 2014 di sidang Dewan Undangan Negeri. 

"Najib telah memberikan penjelasan kepada Kabinet dan betemu dengan rakyat bagi menjawab kritikan yang dilemparkan oleh Dr Mahathir dan rakyat Malaysia masih lagi yakin terhadap kepimpinan beliau," kata Khaled.

Artikel Lain