Operasi Cari Bahan Bukti Nahas Helikopter Dihentikan - Semasa | mStar

Operasi Cari Bahan Bukti Nahas Helikopter Dihentikan

SEMENYIH: Polis pada Rabu menghentikan operasi mencari bahan bukti nahas helikopter AS365N2 Dauphin (9M-1GB) di Kampung Sungai Pening di sini yang mengorbankan enam mangsa termasuk individu kenamaan.

Operasi selama lima hari itu dihentikan selepas pasukan penyiasat menemui lima bahan bukti yang diyakini dapat membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, lima bahan bukti tersebut adalah serpihan badan kabin, aci pemacu, panel pintu , peredam pintu , dan end blade.

"Kami telah menghentikan operasi ini dan berpuas hati dengan bahan bahan bukti yang dijumpai. Kami percaya ia dapat membantu dalam siasatan.

"Pasukan penyiasat turut menemui tulang manusia dan akan dihantar ke unit penyiasatan untuk mengenalpasti DNA mangsa, " katanya

Tambah Abdul Samah, kawasan pencarian telah diperluaskan dari 200 meter pada hari pertama ke 500 meter pada hari hari berikutnya.

Dalam nahas yang berlaku pada Sabtu itu, telah mengorbankan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis; Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias; pemilik Syarikat SP Baiduri Sdn Bhd, Datuk Tan Huat Seang; juruterbang Kapten Clifford William Fournier; Aidana Baizieva (rakan juruterbang) dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.

Polis , Nahas Helikopter , Semenyih

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor

Agong cari penyelesaian terbaik