suria

Bas Sekolah Makin Pupus Di Labuan

LABUAN: Bilangan bas sekolah di pulau bebas cukai ini semakin menurun iaitu hanya 20 unit sahaja berbanding 130 unit pada 2010 untuk memberi perkhidmatan kepada 14,495 pelajar di 26 sekolah.

Penurunan itu disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi pengusaha bas termasuk tambang bas, yuran permit dan ketiadaan subsidi.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Labuan (LSBOA) Asroh Sukardi berkata persatuan itu akan membangkitkan isu itu kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan untuk mengkaji perkara itu secara serius untuk menyelesaikan beban ibu bapa.

"Realitinya ialah pendapatan pengusaha bas semakin merosot. Kos operasi  terus meningkat tetapi tambang bas tidak naik sejak sekian lama, tidak seperti pengangkutan komersial dan pengusaha feri penumpang yang menikmati 50 peratus subsidi," katanya.

Asroh berkata terdapat permintaan yang tinggi untuk bas sekolah tetapi kebanyakan ibu bapa memilih pengangkutan awam, kenderaan tidak berlesen dan menghantar sendiri anak mereka ke sekolah berikutan kekurangan bas sekolah.

Bas Sekolah, Labuan

Artikel Sebelum

Artikel Lain