suria

Kereta Guna Jata Negara Tidak Dibeli Kerajaan - BMW

Alan Harris.

PETALING JAYA: Dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bahawa enam kereta BMW yang menggunakan jata negara dibeli kerajaan adalah tidak benar.

"Kereta tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen BMW Group Malaysia sebagai Rakan Automotif bagi Kemuncak Asean Ke-26 akan diadakan di Kuala Lumpur dan Langkawi dari 24 sehingga 28 April ini. BMW Group Malaysia akan menyediakan kereta BMW 7 Series dan BMW 5 Series sebagai kegunaan untuk membawa orang kenamaan (VIP) dan pegawai rasmi ke sidang kemuncak itu," kata kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris pada Rabu.

Beliau mengulas dakwaan yang dibuat oleh Rafizi pada pagi Rabu.

Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen berkata: "Pagi ini, saya dapat maklumat dan gambar enam kereta BMW 7 Series di sebuah bilik pameran kereta di Bandar Puteri, Puchong yang tidak mempunyai plat nombor pendaftaran. 

"Sebaliknya, kereta mewah tersebut menggunakan jata negara sehingga mencetuskan spekulasi bahawa ia dimiliki kerajaan Persekutuan."

Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang turut hadir pada sidang media berkata, sekiranya perkara itu benar, pembelian kenderaan tersebut dilakukan pada "waktu yang salah".

"Ia juga boleh menjadikan kumpulan yang tidak mempunyai niat baik akan menyalahgunakan jata negara itu, dan untuk tujuan apa? Setahu kita, ia boleh menjadi satu sindiket yang menggunakan jata negara atas sebab-sebab yang tak diketahui," katanya.

Mengulas mengenai perkara itu, Harris dalam kenyataannya berkata, BMW mahu menjelaskan bahawa kereta yang disebut dan di dalam gambar itu tidak dibeli oleh kerajaan.

Alan Harris, BMW

Artikel Lain